Senin, 30 November 2015

Conection with Wifi 2-4-4-3-4

What about WIFI 2-4-4-3-4????????

Remaja.... STOP GALAU!!!!

Melepaskan........
Hidup ini selalu berputar, tak
selamanya kita berada
dibawah dengan semua
kepedihan dan tak selamanya
kita diatas dengan segala
kesenangan. ALLAH Maha
Adil..
Hanya Dia yang Tahu mana
yang terbaik untuk hamba
Nya..
“Boleh jadi kamu
tidak
menyenangi
sesuatu padahal
itu baik bagimu,
dan boleh jadi
kamu menyukai
sesuatu padahal
itu tidak baik
bagimu. Allah
mengetahui
sedang kamu
tidak. ( Al-
Baqarah 216 )”
Sahabatku, ada perih disudut
hati, ketika engkau cerita
tentang segala yg kau alami..
Setelah sekian lama kau
bertahan Setelah sekian lama
kau memendam luka.
Setelah sekian lama kau
rendam nestapa rupanya
Allah izinkan juga engkau
tempuhi jalan itu Aku
percaya, itu suatu “keputusan
terakhir” yang terbaik
untukmu…
Sahabatku, Ada hal-hal yang
tidak ingin kita lepaskan.
Orang-orang yang tidak ingin
kita tinggalkan..
Tetapi ada saatnya dimana
kita harus berhenti mencintai
seseorang bukan kerana
orang itu berhenti mencintai
kita melainkan kerana kita
menyedari bahawa orang itu
akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.
Sebenarnya kita berat
melepaskan kerana:
* Kita tidak ingin melepaskan
seseorang ketika kebahagiaan
kita sangat bergantung pada
orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan
seseorang ketika kita merasa
dia itu kacak, cantik,
teristimewa dibandingkan
dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan
seseorang ketika kita takut
tidak dapat menemui yang
seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan
seseorang ketika begitu
banyak saat-saat indah
bersamanya, sentiasa
terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan
seseorang ketika hati kita
berkata “Saya sangat
mencintainya”.
Ingatlah..
Melepaskan
bukanlah
berakhirnya
melainkan awal
dari suatu
kehidupan baru..
* Kita harus
melepaskan seseorang
kerana kebahagiaan
kita tidak tergantung
padanya.
* Kita harus
melepaskan seseorang
kerana kita menyedari
yang kacak,yang
cantik, yang istimewa
belum tentu yang
terbaik buat kita.
* Kita harus
melepaskan seseorang
kerana kita tahu jika
Allah mengambil
sesuatu, Dia telah siap
memberi yang lebih
baik.
* Kita harus
melepaskan seseorang
ketika saat-saat indah
hanyalah tinggal masa
lalu.
* Kita harus
melepaskan seseorang
kerana kepala kita
berkata “tidak ada
lagi yang dapat
dipertahankan”.
* Kegagalan tidak
bererti kita tidak
mencapai apa-apa,
namun kita telah
memahami sesuatu!
Segala sesuatu ada
waktunya, ada saat
mempertahankan, ada
saat melepaskan…!
“Bukankah Kami telah
melapangkan untukmu
dadamu? dan Kami telah
menghilangkan daripadamu
bebanmu yang memberatkan
punggungmu? Dan Kami
tinggikan bagimu sebutan
(nama)mu. Kerana
sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada
kemudahan. Sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada
kemudahan. Maka apabila
kamu telah selesai (dari
sesuatu urusan), kerjakanlah
dengan sungguh-sungguh
(urusan) yang lain dan hanya
kepada Rabbmulah
hendaknya kamu
berharap” (QS.94:1-8)
Kadangkala
Allah
mempertemukan
kita dengan
orang yang tidak
tepat sebelum
mempertemukan
kita dengan
orang yang tepat
supaya kita
bersyukur akan
belajar daripada
kurniaNYA dan
belajar
daripadanya …